Saturday, May 30, 2009

Revisited : Temuramah bersama seorang penebar roti canai



Eric joe Si penebar Roti sedang beraksi

Saya(Hafidz Arifin) ; apa khabar enche'?
Penebar roti (PR) ; sini surat khabar tada.sana juga ada jual.
saya ; saya tanya, apa khabar la. how are you?
PR ; owh, sori tada dengar. i'm wonderful as always thank u. i'm 26 and still single.
saya ;(ape menggelabah mamat ni?) sudah brapa lama berkecimpung dlm industri menebar roti canai?
PR : sejak emak kasi angkat saya keluar saya suda mula ini buat roti punya. (maksudnye sejak lahir laa tu)
saya ; owh lama juga ya. dimanakah encik belajar menebar roti canai.
PR : saya tada belajar juga. cekgu juga tada. sindri juga belajar.
Saya ; wah, hebat betul!
PR ; biasala.. kalu adik hensem mahu tahu. ini lah yg dinamakan sebagai 'bakat'. satu hari saya mimpi juga ada. esok pagi saya secara otomatiknya diterima berkerja sebagai penebar roti canai profesional.ini restoran.
saya ; sedap tak encik roti yang encik tebarkan ini?
PE ; hey, adik kicci. tengok tangan yang menebar la. sudah tentu la sedap sehingga menjilat dinding.
saya : mwahahaha, fani la yu.
PR : memang saya fani.itu saya tau.
saya : apekah yang perlu ada bagi seorang penebar roti canai.
PR : selain dari itu skill2 menebar. penjagaan bulu2 tangan juga perlu diambil perhatikan (diambil perhatian). tada orang pernah order itu roti canai bulu. itu pasal laa saya menggunakan Hair Conditioner Bo*y Shop. ia membantu menguatkan akar,di samping menjadikan bulu tangan saya selembut sutera. bulu saya itu.. sperti melambai2 juga ada.
Saya: owh i see. apekah skill2 menebar roti canai yg encik ada?
PR : saya itu, berkebolehan membuat trick handslide fakie to oli switch manual. selain dari itu juga saya sudah pandai membuat trick " tebaran roti tanpa bayangan peringkat semi final".
saya: wah, hebat tu! tepuk sikit. clap,clap,clap
PR : tenkiu laa adik kicci. bikin saya malu saja. hehe.kasi tepuk kuat sikit.
Saya ; trick yg sedang incik belajar ialah...?
PR : itu trick " handstand on a hot sizzling Frying Pan". ini trick sangat susah punya. suda banyak kali try laa itu handstand atas ini kuali.
Saya: owh begitu, saya yakin encik mampu membuatnya satu hari nanti.
PR : i hope so.
Saya ; terima kasih laa kepada encik Eric Johnston kerana sudi ditemuramah.
PR ; tada hal la adik kicci. i'll see u next time. taking care and keeping in touching.
Saya ; okey, bai bai.
PR : Bye2.nite2.



i'm not perfec.

Friday, May 29, 2009

Pengalaman Romzi pergi kenduri kahwin

Hadi berjalan segak menuju abangnya, Romzi yang sedang mencangkung menunggu di hadapan rumah. Sekilas pandang dah macam Zack Effron gayanya, berjalan penuh dengan gaya sambil memakai Tuxedo hitam berkilat.

Di suatu sudut yang jauh, kelihatan si abang bangun lantas memarahi adiknya. Hadi berlari masuk balik ke dalam rumah sambil matanya bertakung dengan air.

"apekejadah budak ni pakai tuxedo tengah hari buta macam ni. Dia ingat ni Cardiff ke apa, ini Segamat la. " kata Romzi dalam hati.

"Cepat lah sikit, tembel!" jerit Romzi yang dah penat menunggu di "combo" kan lagi dengan perasaan lapar.

Terkebil-kebil Hadi keluar dengan baju corak bunga raya warna kuning dan seluar Kiki Lala orang bagi yang berwarna hijau. Baru lah 90's, kena dengan gayanya.

Mereka berjalan gigih beratapkan langit yang panas ke sebuah kenduri kahwin jiran. Nampak sangat lapar tahap Somalia. Mak ayah pergi balik kampung, mereka tak ikut sebab nak pergi kenduri kahwin yang ini.

Romzi nak cepat bukannya apa, dia sudah janji dengan Afida untuk datang ke kenduri itu. Afida adalah gadis pujaan hatinya. Kira macam baru nak fling fling la. baru nak kenal-kenal kata orang. Afida ni pon boleh tahan jugak suka pada Romzi. Entah bunga raya siapa entah yang dia rembat dan sisipkan di rambutnya. bajet si Romzi akan lebih terpikat dengan bunga raya merah di rambutnya yang jegang itu.

Romzi dan adiknya sampai. Potong stim betul la si Hadi ni, nak tak nak si Romzi kene bawa juga adiknya ini, mati tak makan pulak kang.

Kelihatan Afida dah menunggu di Meja sambil dua pinggan nasik yang sudah sedia tercedok dengan nasik dan lauk-lauk orang kahwin.

Malangnya meja itu juga dipenuhi oleh sebuah keluarga yang sarat dengan 6 orang anak baya-baya si Romzi dan Afida ini. Nak buat macam mana, ini bukan Hotel Ritz Carlton boleh duduk sorang-sorang.

Tanpa berlengah-lengah, Si Romzi dan adiknya duduk. Hadi dah tak fikir panjang, terus menyuap nasi ke mulutnya. Walhal si Romzi duk tersengih-sengih dan tersipu-sipu malu sambil jari telunjuknya melukis-lukis bentuk bulat di atas meja.

Afida ni pon boleh tahan gatal juga, dia pun sama tersengih-sengih sambil malu-malu menyuap sebutir demi sebutir nasi ke mulutnya. Rasa macam nak lempang budak dua ekor ni pon ada.

Romzi" Awak apa khabar?" tanya Romzi memulakan dahulu..

Afida " kita... sihat.. hehe. Awak pula?"

Romzi" kita pun sehat jugak, awak?"

Afida" Kita pun sehat jugak, awak sihat?"

Romzi" Sihat, awak sihat?"

Afida"kita mestilah sihat, awak sihat jugak ke?"

Romzi" Sihat, awak sihat?"

Setelah 5 minit, barulah si Romzi menukar topik.

Romzi" Awak...cuba tengok tu..itu.."

Afida "itu? tu apa?"

Romzi" tu.. tu.. tunang! hehe"

Afida " kelakar laa abang ni..eh abang pulak, ihihiii..sowie"

Romzi" nak panggil abang pon tak apa, ihihihihiii..."

Kedua- dua mereka tergelak. Si hadi menjeling sambil menghabiskan suapan terakhirnya. Dia pasrah kerana mempunyai abang yang macam ni. Yang lagi sedih, ada jugak gadis yang nak kat abangnya. Ayat memang tak boleh blah.

Romzi dari tadi dahaga. Dia nampak air sirap atas meja. Bekas air itu nampak memanggil-manggil dengan warna merah air sirap di dalamnya. Ada ais sejuk pulak tu, berkondensasi lagi. Sambil membuat lawak-lawak tahap satu yang memang tak kelakar kepada si Afida, Romzi menuang air ke dalam gelas untuk mereka berdua.

Mereka berbual-bual lagi, lama mereka berbual, sampai pengantin pun dah mengandung anak pertama. Afida mengambil gelas itu dan minum. Tiba-tiba, kenapa dia terasa macam ada rasa kari dan nasi sikit di dalam minumannya itu. Rasa terung dan rasa jari jemari orang pon ada.

Afida kehairanan. Dia bertanya kepada Romzi dan menyuruh Romzi merasa air yang dituangnya tadi. Romzi pon meminum air itu... betul, dia pon terasa seperti ada acar buah, tulang ayam, dan daging masak rendang.

Hadi yang dari tadi diam, tiba-tiba bersuara..

" Bro, lu nak bercinta, bercinta la .. tapi agak-agak la tuang air basuh tangan dalam gelas, siap minum pulak lagi tu. Malu beb! haduimak.. foul la.."


P/s: aku pergi kursus 2 minggu ni. doakan aku kurus

take care weih!





i'm not perfec.

KisahTamrin The Finale

Perhatian: Sila hayati dahulu kisah berepisod ini dengan membaca postings yang terdahulu untuk memahami dengan lebih lanjut. Kalau tak paham-paham jugak, sila bersedih kerana kekurangan anda menghayati kisah komedi romantik seram aksi ini.

Kisah Tamrin 1
Kisah Tamrin 2
Kisah Tamrin 3


Jauh di satu sudut lorong yang gelap, tempat itu terlalu jijik dan busuk untuk diceritakan................(Penulis pergi tandas jap.. muntah hijau. sebab mendalami sepenuh jiwa dan raga kisah ini)

Noreha kelihatan duduk bersandarkan salah satu daripada beribu dinding blok bangunan yang terdapat di New York. Air mata Noreha tidak henti-henti mengalir membasahi pipi. Hatinya sedih, sedih dan sayu. Dia memikirkan nasib dan masa depannya keseorangan merempat dan putus asa untuk terus hidup di negara itu. Kadang-kadang Noreha menanyanyi, untuk mengubat kesepian dan menghilangkan sekejap kehibaan yang melanda dirinya.

"Saa saa saa sayangku mengapa ?
Jawablah aahh aahh ahh apa yang menganggu ?
Gaa gaa gaa gagapku menjelma
Ku tak perlu , tak perlu
menyuluh yang sudah terang benderang" nyanyi Noreha. Walaupun busuk dan tak mandi, Noreha bernyanyi bersungguh-sungguh sambil menari street dance kalah Stacy.

Ada lah dua tiga orang lalu lalang yang berhenti menyaksikan persembahan Noreha. Walaupun terpaksa menutup hidung dan muntah-muntah (muntah sebab mengandung pon ada) dek kerana kebusukan Noreha yang melampau, mereka masih setia menonton persembahan Noreha.

Kadang-kadang ada jugak Noreha menanyi lagu rancak yang lain

"Mari tuan-tuan dan puan-puan
Jangan malu jangan segan
Ikut langkah gerakkan badan
Mari berjoget
Cik adik dan cik abang
Ikut rentak berkumandang
Hati gembira rasa riang
Mari berjoget" sambil menari dengan lincah dan menghiburkan.

Sedar tak sedar, orang ramai yang lalu lalang banyak yang berhenti dan menengok persembahan impromptu Noreha. Makin hari makin ramai yang datang menonton. Ada yang mencampak kan duit syiling ke dalam topi Noreha. Yang peliknya, mereka yang sedang demam campak pon tidak ketinggalan mencampak kan duit syilling kepada Noreha. Yang campak syabun dan shempoo pon ada. Nak suruh Noreha mandi lah tu.

Hari makin hari, beribu-ribu umat manusia datang menonton persembahan Noreha. Bermula daripada persembahan jalanan yang tiada pentas,penari, props dan lampu lip-lap sampai lah hari ni pon tak ada lagi benda tu semua. Noreha masih lagi membuat persembahan macam biasa, cuma hingga hari ini nampak lah sikit Noreha ni nampak mandi sikit, bau pun wangi dan ada jugak dekat 4-5 orang yang menawarkan diri menjadi penyanyi latar.

Nampak sangat orang New York suka dengan persembahan Noreha. Mereka nampak kelainan yang ada pada Noreha. Ini kerana mereka sungguh tertarik dengan nanyian Noreha di dalam bahasa Melayu. Ada jugak yang fanatik tu, bersusah payah mempelajari bahasa Melayu bagi "menggali" pemahaman lagu yang dibawa oleh Noreha. Sampaikan ada juga mereka yang berkebolehan bernanyi bersama Noreha ketika membuat persembahan. Mereka mendapati Bahasa Melayu amat sesuai di dalam nyanyian lagu.

Noreha makin seronok bernyanyi. Dia dilamar oleh seorang homeless untuk mengahwininya. Dah kaya, siapa yang tak nak ye ndak? dengan bersahaja Noreha me'reject'. Kemudian Noreha dilamar lagi oleh syarikat rakaman terbesar di Amerika iaitu 'The biggest Company in American Inc." untuk membuat album.

Album Noreha memuatkan lagu-lagu di dalam bahasa Melayu yang dicipta sendiri oleh Noreha. Selain daripada itu, album ini juga memuatkan gambar-gambar semasa Noreha darjah 3 Anggerik dan gambar Noreha praktikal di sebuah kilang di Bangi tidak lama dahulu.

Fenomena Noreha melanda di seluruh Amerika. Cakap sahaja Noreha, siapa yang tak kenal? tapi ada jugak lah yang tak kenal, itu pun tak ramai sangat. Dalam 3 % daripada rakyat Amerika Syarikat. Itupun sebab mereka adalah pesakit yang mengalami kerosakan Neuro dan Medula Oblangata yang sedang menjalani rawatan rapi di Hospital seluruh Amerika Syarikat.

Makin lama makin pupus bahasa inggeris yang digunakan oleh rakyat Amerika. Mereka lebih menggemari menggunakan bahasa Melayu. Lebih dekat dihati mereka. Sampaikan beberapa istilah yang kita sering dengari dulu di dalam bahasa Inggeris sudah bertukar kepada bahasa Melayu seperti:
  1. Let's kick some ass! = mari tendang beberapa buntut!
  2. camera.rolling.action = kamera. guling-guling. berlagak
  3. Goodnite my sweetie pie = selamat malam kuih manis ku
  4. you're funny like shit = awak ni kelakar macam taik la
  5. hey sex baby = hai bayi yang seksi
  6. shut the bloody hell up! = tutup neraka yang berdarah itu
  7. i'll keep updating the list, okay? = nanti aku keluar ngedate dgn Lis okay?
  8. that is not what i mean u stupid! = itu bukan linda jasmin lah bodo!
  9. i say, i'll add more of the translations later = lindsay lohan naik bus transnasional bukan kereter
  10. i have no power!! = tak kuasa i!!
  11. u make me irrritated~!= menyampah mak~!
  12. u can go away!! = boleh, boleh, BOLEH BLAH!!
  13. like DUH!! = saye suke Cik Midah
  14. puhleasee!! =negeri Perlis
  15. loser~ = lusa

Di India, ternampak seorang pemuda sedang duduk di atas bertimbun-timbun duit Rupee di dalam sebuah bilik. Akibat dah kaya sangat, Tamrin tidak tahu nak buat apa lagi dengan duit yang ada padanya. Cakap sahaja kereta mewah, kereta apa lagi yang di takda. Ferrari model apa, semuanya Tamrin dah buat koleksi peribadi.. terima kasih kepada Shell yang buat promosi.

Kalau nak bercakap pasal rumah, sebesar-besar rumah Tamrin sudah miliki. Rumah banglo, rumah urut, rumah sakit jiwa, rumah merah, apa ke benda semua dia dah miliki. Tapi jiwanya masih kosong, dia masih lagi kekurangan sesuatu.Mungkin kurang ajar, tidak kot. Tak mungkin walaupun dia hanya sempat sampai darjah 4.

Akhirnya pada suatu hari, selepas flush dan keluar daripada bilik itu dengan muka yang lega dan perasaan dan jiwa yang lapang, barulah Tamrin dapat mengenal pasti apa yang di benar-benar dia perlukan. Tamrin sebenarnya memerlukan Noreha. Ya Noreha!

Lagipun Tamrin pun dah naik bosan tinggal di India, bukan setakat naik bosan, naik bas, naik minyak, naik angin, naik tingkat 8 semua Tamrin dah buat kat India. Naik haji je belum. Apa da.
Tamrin sudah buat keputusan, dia mahu pulang ke Malaysia. Dia rindukan semua perkara yang ada di Malaysia semasa dia meninggalkan tanah airnya itu.

Dia rindukan pemandangan sampah sarap yang mengalir laju di sungai yang dahulunya bersih, berjalan di semak-semak sambil terjumpa bayi yang dibuang oleh ibunya, sekawanan lembu-lembu yang asyik meragut rumput di sebelah kubur salah seorang ibu mengandung yang menjadi mangsa ragut, kemerduan bunyi ekzoz samseng jalanan yang mencilok-cilok di tengah kehangatan ibu kota, kebodohan rakyat yang masih lagi menyokong pemimpin dan parti yang mengamalkan rasuah berleluasa dek kerana rakyat tidak mengangkat tinggi ilmu pengetahuan dan sifat ingin tahu. tetapi paling utama adalah kerinduannya kepada kekasih hati yang pernah mintak clash dengannya iaitu Noreha, anak tokay ladang getah di kampungnya.

Mampukan Tamrin meluahkan perasaanya kepada Noreha. Sudahkan Noreha mandi semalam? Nantikan jawapannya pada episod " Kisah Tamrin paling last, janji!"


P/s: panjang pulak cerita ini. sambung la ye!

P/s lagi: Walaupun Shell buat promosi, tetapi Petronas masih lagi yang terbaik. ada kad Mesra. Isilah minyak di Petronas! Lagipun itu kan syarikat kebanggaan kita, rakyat Malaysia.


i'm not perfec.

Tuesday, May 19, 2009

Menang dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Tok Rimau

Alhamdulillah, post aku antara satu menjadi pemenang dalam pertandingan di dalam blog otai negara TOK RIMAU.

tak sangka.

petang tadi, aku terima panggilan telefon penting, bukan.. bukan panggilan Ilahi. tapi panggilan dari satu syarikat.

aku bagitau abang aku pasal impak panggilan itu. abang aku jawab

"dream job for many, privileges for exclusively few". Gila pujangga kata yang dibalas tak sampai dua minit menerusi SMS. abang aku memang terbaik habaq hang.

Terima Kasih Allah, mak dan ayah dan kekasih hati.




i'm not perfec.

Sunday, May 17, 2009

Kisah Tamrin 3

WHO WANTS TO BE A MILLIONAIRE

Tamrin nampak tenang menduduki kerusi yang bertentangan dengan Jalal Khan, Pengacara bagi WWTBAM versi India.

(Sudah ditranslatekan)

Jalal Khan (JK): AHahahaa.. Selamat datang ke WWTBAM India. Ahahahah. Adakah anda sudah bersedia Enche Tamrin?

Tamrin: Sudah!

Tamrin nampak begitu tenang. Dia nampak macam cool je duduk dikerusi panas itu. Gayanya macam dia sedang duduk dikerusi urut OGAWA.Kebiasaannya, peserta akan berpeluh-peluh dan rasa tak senang duduk sebab nervous nak menjawab soalan. Nampaknya, taktik Tamrin menjadi. Dia sempat memakai Pampers orang dewasa sebelum datang ke rancangan ini.

Jalal Khan: Ahahahaha.. soalan pertama. Ahahaha.. ini soalannya berbunyi begini... Sambil membuat formasi wisel dengan kedua belah tangannya, lalu meniup.. "Wiwiwiiwuuuwiwuwuuuu" (macam bunyi burung Terkukur). Itulah bunyi soalannya.

Tamrin:......... (terbangang sekejap)

Jalal Khan: Ahahaha.... saya main-main sahaja. Just kidding. hehe..

Penonton semua tergelak. Kelakar jugak Jalal Khan ni.

Jalal Khan: Okay. Okay. Lets be serious.... Ahahaha... Ini soalannya . Soalan pertama yang bernilai 100 Rupee. Ikan apakah yang mempunyai perkaitan yang rapat dengan ayam? A. Tenggiri B. Sepat C. Sardin D.Emas

Tamrin: Erm....

Jalal Khan: Ahahah..

Tamrin: Diamlah

Jalal Khan: Ok. sorry.

Tamrin: Saya pilih jawapan D iaitu Ikan emas. Sebab Ikan emas campur ayam jadi Ayamas!

Jalal Khan: adakah anda yakin dengan jawapan itu

Tamrin: ye

Jalal Khan: Muktamad?

Tamrin:ye

Jalal Khan: Kenapa tak ikan tenggiri atau ikan sepat?...

Tiba-tiba lampu studio itu terpadam selama 4 saat. Gelap gelita. Kemudian lampu itu terpasang semula. Kelihatan Jalal Khan telah teruk dibelasah. bukan setakat benjol, kehilangan 3 batang gigi dan lebam-lebam sahaja. dah la kena belasah, sempat kena balut pulak lagi. Tamrin kelihatan puas.

Jalal Khan: Okay, got it. Jika anda memilih jawapan A anda adalah salah. Jika anda memilih jawapan B.... anda mungkin betul, tetapi awak telah memilih jawapan D. Jawapan anda...... SALAH!. Ahahaha... bodoh.

Tamrin: Apa!

Jalal Khan. Jawapannya adalah C. iaitu ikan sardin. sebab ikan sardin akan ditinkan dan menjadi Sardin Cap ayam. Walaupun ayam bukan sejenis ikan, tetapi ikan sardin telah dimiliki oleh ayam lalu mengcapkan ikan itu sebagai kepunyaan ayam. Makanya di sini, sardin tidak berhak memecat speaker dewan apetah lagi memasang speaker radio kuat-kuat macam kereta wira modified buka tingkap pasang muzik kuat-kuat lagu feng tao dan techno. (mengarut la si Jalal ni)


"Kuang, kuang kuang" jerit penonton yang majoritinya rombongan belia 4B yang diterbangkan khas dari Kuang, Rawang Selangor.

Tamrin, optimis. Yang pastinya dia sudah melalukan yang terbaek sambil mengheret beg keluar dan selepas diumumkan antara peserta paling cetek kerana terkeluar pada soalan yang pertama.

Tamrin memandang sesuatu kegagalan itu sebagai satu peluang. Dia memajukan lagi perniagaan nasi lemaknya dengan memperkenalkan menu Sambal Sardin Ayam dan semua kerusi plastik kedai itu telah ditukar kepada kerusi yang serupa dengan kerusi yang Tamrin duduki semasa menjawab soalan di dalam WWTBAM itu. Lagi rancak jadinya perniagaan Tamrin. Satu India dah makan nasi lemak Tamrin, termasuk bapak mertua Shah Rukh Khan. Nasik lemak Tamrin punya popular sampai orang India dah lupa makanan ruji mereka iaitu kari dan roti nan. Yang diorang tau sekarang ialah telur mata kerbau 'goyang' dan sambal paru kasi lebih sikit.

Dalam masa yang sama tetapi lokasi yang berlainan, di New York. Kelihatan seorang gadis sedang bermain piano di tepi kaki lima sebuah bangunan. Nampak macam buta. Dia nyanyi lagu Azie "Pelamin angan ku kena tiap angin". Ramai orang yang tak tengok persembahan gadis itu. Tak sedap langsung. Itulah dia Noreha. Awek lama Tamrin. Dia gagal di Amerika Syarikat dengan harapannya untuk " Living the American dreams".

Selepas gagal menjadi Norah Jones, dia cuba menjadi orang lain iaitu Lady Gagap.Single yang berjudul "Pokemon Face" hanya terjual sebanyak 3 unit. Itu pun dia sendiri yang beli.

Malam itu, Noreha tidur di tepi jalan, di sebelah longgokan sampah dan kotak-kotak kosong. Cuaca pada malam itu sejuk kerana hujan petang sebelumnya. Noreha tidur dalam keadaan kotor, kelaparan dan menggigil kesejukan. Pada saat-saat ini dia teringat kepada kepermaian kampung halaman, sawah padi yang menghijau, segar mata memandang keindahan pemandangan berlatarbelakangkan gunung-ganang yang membiru. Masakan emak dan telatah orang kampung yang dirinduinya.

Paling tidak terperi ialah kerinduan Noreha kepada balak lamanya iaitu Tamrin. Sambil memandang ke langit malam yang tiada satu bintang dan bulan pun malam itu, termuncul muka Tamrin yang sedang menoreh perut boroi Pak Leman ketua kampung sambil darah mencurah-curah sekali dengan isi perut dan mee rebus sambil ketawa orang jahat.


Noreha rindukan Tamrin.....

Apakah nasib dan masa depan Noreha? apa pula yang terjadi kepada Tamrin, dengar cerita dia ada skandal dengan gadis tempatan di India.

Nantikan kesudahannya dalam episod terakhir Tamrin.

Bersambung lagi!





i'm not perfec.

Sunday, April 26, 2009

Mamak 2

Untuk entri aku yang pertama hari itu aku ada bercerita tentang mamak di dalam arena perniagaan makanan dan tempat lepak. Sedikit sebanyak tahulah sedikit tentang kenapa sebenarnya kita memilih kedai mamak berbanding masakan mak kita sendiri kat rumah.

Kali ini, aku akan bercerita pula tentang satu lagi jenis perniagaan yang berkait rapat dengan mamak di Malaysia. Iaitu kedaii gunting rambut. Memang sesuatu pandangan yang biasa jika kita jumpa kedai gunting rambut yang dibuka oleh kaum Mamak di Malaysia ini. Sana dan sini ada sahaja kedai mereka.

Sifat perniagaan perkhidmatan menggunting rambut ini sangat rendah dan sangat mudah. Anda hanya memerlukan tempat gunting rambut, gunting, sikat, sepasang tangan dan pelanggan yang ada rambut. Skill ke atau gunting mahal, itu perkara kedua.

Aku memang dari dulu gunting rambut di kedai gunting rambut yang diuruskan oleh Mamak. Kalau nak ikut harga pasaran, kedai ini murah. Sekarang ni lebih kurang dalam 8 ringgit sekali gunting rambut. Berbanding dengan saloon gunting rambut yang dipenuhi oleh hairstylist dan bapok berhalkum terjojol, harganya adalah di antara RM15 ke RM infiniti. Oleh kerana itulah saya memilih kedai gunting rambut mamak. Lagipun aku memang tak banyak songeh nak gunting rambut. Tak pernah terpikir nak gunting rambut stail abeng wiralution, metroseksual ataupun GQ cutting. Aku kategorikan cara rambut aku digunting ala-ala budak sekolah.Masuk ke kedai, duduk, dan terus gunting. Simple.

Berikut adalah pengalaman aku menggunting rambut di kedai mamak.

Owh, sebelum itu. Ada satu kedai gunting rambut di tempat aku. Nama kedai itu ialah GRK. aku agak-agak akronim kepada Gunting Rambut Kedai.

Pengalaman 1.

Dulu masa aku masuk satu kedai ini. Mamak tu suruh aku duduk.

Mamak "adik, duduk sini kerusi atas"

aku pun duduk

Mamak" gunting macam mana?"

Aku " cam biasa je, tapi side burn jangan potong tau"

Mamak" baek."

Mamak ni pon potong rambut aku.

kedengaran lagu tamil di radio

laju jugak mamak ni potong rambut aku.

tiba-tiba.... dengan selamber yaya die gunting side burn aku.

aku dah terkaget. "cipet" aku berkata dalam hati

Mamak yang sedang sibuk menggunting rambut aku tadi, dah terjeling sesuatu. aku dah agak dia mesti dah terperasan yang dia dah mengkhianati janji dia tadi dengan tidak memotong side burn aku.

Dengan sepantas hero Tamil yang buncit, Mamak itu terus menguatkan radio dan menyanyi seiring dengan lagu Tamil itu.

aku panggil dia, nak tanya kenapa potong side burn aku.. Dia buat-buat tak dengar.

Cibai. Taktik nak cover kesilapan dia. Buat-buat bodo.

tanpa disedari, air mata ku mengalir membasahi pipi gebu ku ini.

"camne nak gi sekolah esok ni? baru ingat nak placing awek esok!" kata aku dalam hati.

Pengalaman 2.

Sebelum aku mulakan penceritaan aku ini, harap pembaca semua solat wajib dulu, Zuhur ka ,Isyak ka. ikut waktu. itu pun nak kene bagitau ke? Ini adalah kerana cerita-cerita yang berikutnya ini sangat mengerikan dan 'eeuww!'.

Okeh. cerita nya macam ni...

ah pendek kan cerita je la.

aku pergi kedai gunting rambut yang tak boleh la nak bagitau kat mana. Oleh sebab aku tak kisah pasal rambut sangat kecuali side burn (tak de side burn buruk dowh.Mamak sengal je yang potong side burn. tak pun kau cube bayangkan Josh Hartnett tanpa sideburn.Rupa macam gampang.)

Okay, berbalik kepada cerita tadi. Aku masuk la kedai ni. first time datang. Kerusi-kerusinya dipenuhi dengan pelanggan. Ade 2 kerusi je. kecoh. Jadi aku pun mengambil tempat duduk. Sambil melayan URTV yang banyak bernaskhah-naskhah terbentang di atas meja. (gila dah lama aku tak baca majalah camni!)

Sambil tu aku usha-usha la samada ada pelanggan yang sudah selesai menggunting. Nak tau tak? tengah aku tengok seorang tukang ni menggunting, dia berhenti sekejap dari menggunting. Tangan kanannya memegang gunting manakala tangan kirinya memegang sikat. Dia mengangkat tangan kirinya ke atas udara dan kemudian menghalakannya kebelakang, lantas memasukkan sikat yang dipegangnya itu ke dalam baju dan terus tanpa menoleh kiri dan kanan menggaru belakang badannya dengan sikat itu selama 3 saat. dan lepas itu, menyambung balik gunting rambut pelanggannya itu.

aku pasti dia menggaru gatal dibelakang badannya, tak kan la nak menyikat rapi bulu pulak.

pergh! ngeri, menakutkan, menyeramkam. lagi horror dari cerita hantu melayu terbaru iaitu "Jangan Tengok".


Pengalaman 3.

tak payah nak cerita banyak. Kedai gunting rambut kat Klang ini ada perkhidmatan menggunting bulu hidung. Mamak tu gunting bulu hidung pak cik India sorang ini selepas memotong rambutnya.

Masukkan gunting pastu potong bulu hidung yang terjojol keluar macam sarang labah-labah yang tak pandai buat sarang sebab buruk gila.

tak tau nak cakap apa dah. tak leh blah. MEMANG TAK BOLEH BLAH!

Akhir sekali, sedikit trivia. Kenapa mamak begitu sinonim dengan perniagaan perkhidmatan menggunting rambut? Ianya adalah kerana kebanyakkan mereka mempercayai bahawa itu adalah pekerjaan suci kerana kepala itu kan letakknya diatas dan mereka menganggap bahawa menjaga kecantikan dan memelihara kebersihan kepala adalah sesuatu yang terpuji.

Sekian.

TAMMAT


i'm not perfec.

Tuesday, April 21, 2009

Teka teki : Menanti sebuah Jawaban

Oleh kerana banyak di kalangan anda yang mencuba nasib dengan memberikan jawapan yang sipi-sipi tepat dan ramai jugak di luar sana yang berlagak dan tak nak mencuba menjawab, kali ini aku akan bagitau jawapan seperti yang telah dijanjikan sebelum ini.

tapi sebelum itu, oleh kerana soalan-soalan teka teki yang diberikan begitu mencabar minda dan membuatkan anda tidak dapat tidur nyenyak di waktu malam selain menyebabkan kurang selera makan, dengan ini aku telah membuat keputusan untuk membuat ugutan dan mengambil kesempatan tehadap peluang ini, oleh itu bagi sesiapa yang mahukan jawapan bagi teka-teki ini perlu membuat bayaran minimum RM500 untuk setiap soalan dan bank in kepada akaun bank CIMB aku. Bagi mereka yang tidak mempunyai duit, tiada kata yang dapat diucapkan selain padan muka ha ha harun.

1. Dalam banyak-banyak kotak.kotak apa yang paling jahat?
Ko tak sembahyang (apa lagi yang jahat melainkan tidak mendirikan tiang agama)

2. Dalam banyak-banyak janji, janji apa yang besar macam bandar.
Kotakan janji (brilliant tak hihi)

3. Kuih apa yang tak dijual di kedai kuih?
Kueh tiaw goreng basah (char kueh tiaw pon boleh what)

4. Apa yang paling sakit?
leher ( bila anda berpaling terlebih akan menyebabkan sakit. sebab itu orang beli yoko-yoko)


5. Kalau semua binatang jadi ikan ikan jadi apa?
Ikan jadi banyak la (tak percaya amik kalkulator la wei!)


6. apa yang masuk 3 segi dan keluar gulung?
Panties

7. Apakah nama seorang lelaki cina yang sedang menangkap ikan?
Me Man Cing


8.Dalam banyak-banyak kera, kera apa yang pandai menaip?
Kerani

9. Dalam banyak-banyak kotak apa yang pendek?
Kotak katik

10. Apa yang menyebabkan ubi jadi kayu, pencuri kene tangkap, perempuan jadi mengandung?
Lambat cabut

11. Apa yang masuk lurus, keluar bengkok?
Jari yang masuk mengorek hidung (lurus) jari yang mempunyai hasilnya dihujung (bengkok)

12. Dalam banyak-banyak air, air apa yang berani?
Air terjun (sebab berani terjun. ha terjun! terjun!)

13. Kasut apa yang orang gunakan untuk buat rumah?
Kasut BATA ( i know this is lame)

14. Kuih apa yang isinya kat luar, daun bungkusnya kat dalam?
Kuih salah buat/ salah bikin

15. Katak apa yang telah digilis oleh kereta kebal, tetapi hidup jugak lagi?
Katak panjang umur


16. Dalam banyak-banyak ayam? ayam apa yang warna hijau?
Bayam

17. Dalam banyak-banyak banyak, banyak apa yang paling banyak?
Banyak gile

18. Dalam banyak-banyak sikit, sikit apa yang paling sikit?
Sikit gile babi

19. Dalam banyak-banyak kerusi, kerusi apa yang paling jauh?
Sofa

20. Kenapa anjing kalau berlari, dia pandang belakang?
Sebab dia tak dilahirkan ber'side mirror'

21. Kenapa lembu melintas jalan tak tengok kiri dan kanan?
Sebab mata dia satu dah kat sebelah kiri dan satu dah kat sebelah kanan. bukan kat depan macam manusia. (this is science beb!)


22. Bila masa boyfriend boleh jadi binatang?
Bila si boyfriend itu meninggalkan girlfriend yang sedang mengandung untuk pergi ke perempuan lain

23. Dalam banyak-banyak bunga, bunga apa yang warna hitam?
Bunga ros hitam

24. Kenapa siput babi jalan lambat?
Sebab dia tak habis-habis pikir dia ni babi atau siput.

25. Solat apa yang ada 3 tahiyat?
Solat maghrib masbuk la. hadoiyai camne ni PAFA pun fail?


sebagai bonus. aku bagi lagi dua teka teki. tapi kali ini berserta jawapan. macam takde kerja lain je kalau asyik nak menjawab teka teki kan?

Soalan teka teki ini berantai.


1,Ikan apa yang paling besar di dunia?
ikan paus goreng tepung

2.Kuali apa yang paling besar di dunia?
______________________

terima kasih semua!



i'm not perfec.

Thursday, April 16, 2009

Kisah Tamrin 2

Sila rujuk post bahagian satu ini untuk menyegarkan ingatan yang kian lupus itu.


Selepas pulang dari India, Tamrin tidak menoleh ke belakang lagi. Sebab dia tengah bawak motor dan motor dia pulak ada side mirror. orang cakap kalau dah ada kemudahan guna. kalau dah ada jamban buat apa nak buang air kat tepi pokok jambu rumah jiran. Kalau dah musafir apa salahnya sembahyang Jama' Takhir dan Jama' Takdim, jangan pulak kau mendirikan sembahyang Jama' Takyah. Nak kene sebat kat neraka ke?

Tamrin, bawak motornya dalam kelajuan optimum. Setelah hampir setahun ke India tak banyak pun yang dia belajar tentang tabligh, mana taknya dalam kapal terbang saja Tamrin dah tak senang duduk. Gelisah tak keruan dia duduk di dalam penerbangan. pramugari syarikat penerbangan India itu semunya memakai sari. Bila lalu di sebelah Tamrin saja, yang kelihatan mengikut aras mata Tamrin ialah perut pramugari ini yang terjojol.

Mendarat sahaja kapal terbang di India, Tamrin dah rasa tak boleh blah. Dia cuba memadamkan hasratnya itu untuk kembali ke tabiat la. Tamrin pergi surau di Lapangan terbang itu. Dia cuba menenangkan diri di dalam tempat suci itu. Keluar-keluar sahaja dari surau itu, Tamrin sedar yang dia sudah kehilangan rombongan tabligh tadi. Nasib baik dia sempat tengok cerita 'Slumdog Millionaire' tau la jugak dia selok belok di New Delhi itu.

Banyak pekerjaan yang Tamrin buat untuk menampung hidupnya di sana. Mula-mula dia berkerja sebagai penari ramai-ramai kat belakong hero cerita hindustan, kemudiannya dia menjual nasi lemak. Nasi lemak Tamrin memang laku tahap gila. ini lah namanya mencari peluang perniagaan. Menjual sesuatu yang baru dan ada kelaianan. jangan lupa untuk pastikan bahawa apa yang anda niagakan itu berkualiti dan sedap. barulah ada 2 faktor penting dalam perniagaan iaitu attracting factor dan retaining factor. Pelanggan akan tertarik untuk mencuba sesuatu yang baru dan menarik dan pelanggan akan menjadi setia jika produk itu berkualiti dan memuaskan hati.

Nasi lemak Tamrin memang laris, nampak dari jauh gerainya kelihatan macam bagi nasi lemak percuma. tetapi tidak, memang ramai pon orang yang datang ke gerai nasi lemaknya untuk membeli makanan. Harga yang dijual tidak lah murah mana, dan tidaklah pula mahal. Orang kaya dan orang miskin semuanya datang ke gerai Tamrin. Dah boring makan capati agaknya.

Tamrin masih lagi menjual nasi lemak, memang laris. dah banyak cawangan yang dia bukak di serata India. Kalkuta, Chennai, Bombay, Kashmir semuanya ada nasi lemak Tamrin. Makin hari Tamrin makin kaya, pun begitu Tamrin masih tidak berubah seperti dulu kecuali perangai kegilaannya untuk menoreh. Tamrin sekarang sudah ada fokus baru. Dia baru mendaftar untuk masuk Who Wants To Be a Millionaire India.

Setelah 3 minggu menunggu dah beribu-ribu permohonan untuk masuk ke dalam pertandingan ini, akhirnya Tamrin telah terpilih. Kerana borang pendaftarannya itu berbau harum nasi lemak. itu sebab permohonannya terpilih.

apakah kesudahan Tamrin? bagaimana pula nasib Noreh dan penduduk kampung? nantikan sambungannya...






i'm not perfec.

Wednesday, April 15, 2009

Mamak 1

Restoren mamak memang dah amat sinonim dengan scene lepak di Malaysia. Ramai orang pilih mamak (restoren mamak) kalau nak melepak, jumpa kawan lama, nak hasut orang masuk MLM, mintak clash (masa mintak couple boleh pulak kat tempat mahal), baru lepas main futsal, lapar pukul 2-3 pagi dan macam-macam lagi sebab.

Persoalannya, kenapa kedai mamak? kenapa tak kedai cina, kedai melayu ataupun rumah urut yang menjadi pilihan rakyat jelata?

Setelah hampir 10 tahun terlibat dengan arena perlepakkan yang banyak melibatkan mamak-mamak di Malaysia dan setelah berpenat lelah mencari jurnal penyelidikan tentang kedai mamak di Malaysia yang tak pernah aku jumpa, akhirnya aku telah berjaya menterjemahkan apa yang aku lihat selama ini ke dalam post kali ini.


Kenapa orang pilih kedai mamak?:

1. Mamak murah- kedai mamak ada makanan yang murah dan ekonomi seperti roti canai dan teh tarik yang hanya memakan belanja dalam 2-3 ringgit je. (dulu lagi murah). tak dapat dinafikan makanan kat kedai mamak pun ada jugak yang mahal (kari kepala ikan RM30, sotong boleh jadi sampai RM12) boleh tahan jugak mamak-mamak ni pelekoh kita. tetapi masih kita lepak kat kedai diorang

2. Servis- aku rasa inilah sebab utama kenapa kita lepak kedai mamak. servis da laju. Yang datang ambil order kadang-kadang boleh sampai 3-4 orang. hantar makanan atau minuman pun cepat. Nampak komited pelayan-pelayan kedai mamak ni. bukan nak cakap apa lah kan, tetapi berbanding kedai melayu. dah duduk kat meja 2 hari terhegeh-hegeh nak mintak order, baru nak datang. Jalan pulak malas-malas je.

3. Macam raja- walaupun ini tak elok, tapi kat kedai mamak sahaja yang kita boleh buat camni. Mintak oreder cepat, kalau lambat marah. Suruh ambil tisu, ambil air kosong, dia mesti ambil punya tak banyak cerita. tak macam kat kedai lain, kalau dia salah bagi air, air termanis gila ke, berani kita nak tegur dia macam apa yang selalu kita buat kat kedai mamak? tak dapat jack?

4. Banyak- merata-rata ada kedai mamak. lu datang Shah Alam, kedai mamak bersepah gila. Sekarang diorang pun dah naik taraf. dah bukan warung mamak tepi jalan di lorong-lorong gelap macam 20-30 tahun lepas. sekarang semua sudah bistro, 2 tingkat punya.

5. Bagi yang dahagakan kasih sayang ibu- kat sinilah tempat mereka menumpang kasih. ramai budak-budak bujang yang datang ke kedai mamak, bukannya datang nak makan sangat pon. tapi diorang sebenarnya ada agenda lain. kat sini mereka boleh bermanja.

"mak, teh tarik satu"

"mak, roti tadi mana"

"mak, nak susu"

nampak je brutal dan indipendent. padahal rindu kat mak budak-budak bujang ni.


post ini akan bersambung selepas cerita tamrin 2
i'm not perfec.

kasi jawab tengok!

selepas mengumpul 10 komen secar ugut dan pujuk rayu, akhirnya salah satu daripada post aku telah mencipta sejarah dengan mengumpul 10 komen. apa tak percaya? ya! 10 komen. 1/100% daripada komen yang dikumpul oleh che det.

Sekarang, aku akan berkongsi dengan korang koleksi teka-teki yang pernah aku jawab, pernah aku bagi kat orang, dan segala macam pernah.

Koleksi ini dikumpul hasil daripada sesi lepak kat kedai mamak, lepak kat kenduri member kahwin, lepak dengan gerai burger kawan dan juga mendapat ilham semasa sedang tidur dan bilik berfikir.

Teka-teki ini merangkumi segala aspek kehidupan, sosial, ekonomi dan spek mata.

kalau korang tere, kasi jawab tengok!

1. Dalam banyak-banyak kotak.kotak apa yang paling jahat?

2. Dalam banyak-banyak janji, janji apa yang besar macam bandar.

3. Kuih apa yang tak dijual di kedai kuih?

4. Apa yang paling sakit?

5. Kalau semua binatang jadi ikan ikan jadi apa?

6. apa yang masuk 3 segi dan keluar gulung?

7. Apakah nama seorang lelaki cina yang sedang menangkap ikan?

8.Dalam banyak-banyak kera, kera apa yang pandai menaip?

9. Dalam banyak-banyak kotak apa yang pendek?

10. Apa yang menyebabkan ubi jadi kayu, pencuri kene tangkap, perempuan jadi mengandung?

11. Apa yang masuk lurus, keluar bengkok?

12. Dalam banyak-banyak air, air apa yang berani?

13. Kasut apa yang orang gunakan untuk buat rumah?

14. Kuih apa yang isinya kat luar, daun bungkusnya kat dalam?

15. Katak apa yang telah digilis oleh kereta kebal, tetapi hidup jugak lagi?

16. Dalam banyak-banyak ayam? ayam apa yang warna hijau?

17. Dalam banyak-banyak banyak, banyak apa yang paling banyak?

18. Dalam banyak-banyak sikit, sikit apa yang paling sikit?

19. Dalam banyak-banyak kerusi, kerusi apa yang paling jauh?

20. Kenapa anjing kalau berlari, dia pandang belakang?

21. Kenapa lembu melintas jalan tak tengok kiri dan kanan?

22. Bila masa boyfriend boleh jadi binatang?

23. Dalam banyak-banyak bunga, bunga apa yang warna hitam?

24. Kenapa siput babi jalan lambat?

25. Solat apa yang ada 3 tahiyat?

Selamat menjawab

Terima kasih kerana sudi menjawab dan mengspam pos yang terdahulu (Spam pun tak seberapa). ini aku bagi jawapannya.

boring la bila korang senang sangat tahu.


1. Kopikirlah sendiri
2.Copy paste
3.Kopi Annan
4.Kopiah





i'm not perfec.

Monday, April 13, 2009

Lepak sampai berteka-teki

Scene lepak kengkadang memang seronok. Mengarut-ngarut cerita yang boleh terkeluar. Tapi kali ini, postnya pendek sebab aku ngantok baru lepas test. Malam tadi aku tidur sejam je sebab sibuk main game solitaire yang aku baru jumpa di dalam phone aku. Memang tak berbaloi!

ini teka-teki kopi.

1.Dalam banyak-banyak kopi, kopi apa yang paling susah sekali?

2. Dalam banyak-banyak kopi, kopi apa yang paling senang sekali?

3. Dalam banyak-banyak kopi, kopi apa yang tak boleh minum? kalau nak minum jugak silap haribulan boleh kene lempang.

4. Dalam banyak-banyak kopi, kopi apa yang warna putih suci murni?


oleh sebab aku dahagakan comments. aku akan hanya berikan jawapan jika ada minimum 10 comments tentang post ini.

Gila barai blog ni, malu siut.

tetapi apa-apahal pon korang memang terbaik, lebih-lebih lagi auntie yang tinggal di seksyen 18 tu. Anak dia cun wo!

(dah puji ni, dah sampai dah masa nak drop comment. hehe)


i'm not perfec.

Sunday, April 05, 2009

Henfon hampir hilang

Malam tu, lepas main futsal dengan coursemate aku terus balik ke kolej. Kawan-kawan yang lain semuanya pergi 'overnight'. Aku tanya mereka nak pergi mana. Diorang jawab nak pergi Uptown, Downtown apa tu semua.

Scene-scene overnight bagi aku ni dah lama dah berlalu. Penat beb nak lepak kat luar je. Sebab kat UPM kau tak boleh nak masuk ke kampus selepas pukul 12 malam sampai lah pukul 6 pagi.

Zaman muda-mudi dulu boleh la. Seronok jalan-jalan. Tapi sekarang, kalau nak merempat nak tunggu sampai pukul 6 pagi. aku dah tak sanggup beb.

aku cakap "hef fan" kat kawan-kawan aku yang nak overnight tadi dan terus blah balik ke UPM.


Sampai je kat UPM, aku lepak jap kat gerai burger Acap. Kemudian sebelum naik ke bilik, aku sempat lagi amik roti burger yang hangus dan bagi makan ikan kat kolam depan kolej. Dah la ikannya semua hitam, tak nampak pun. Niat kat hati nak tengok ikan keli besar yang aku lepaskan kat dalam kolam tu yang aku tangkap kat kolam di Janda Baik. Nasib baik dia hidup lagi.

Aku berjalan dan masuk ke dalam blok Delima, blok kediaman aku di kolej. Aku singgah kat bilik TV. Dah lama gila aku tak singgah dan lepak-lepak kat bilik TV ni. Saja je lah layan Desperate Housewives yang aku memang dah tak keep track, aku pernah tengak full first season je. Lepas tu dah takde dah. Lepas habis je cerita tu, ade pulak Las Vegas. Layan dulu..

Tengah aku layan, tiba-tiba John masuk. John ni budak kolej aku. Seorang Cina. Badan besar. Cakap Utara je. Kalau korang pernah tengok John ni makan, memang takut takpun teruja. Mana-mana jelah.

John makan laju. laju gila. dalam bahasa yang mudah, John pelahap. Tangan kiri dia mesti standby kat air pastu yang tangan kanan laju menyudu memenuhkan mulut dan esofagus dia.

aku ingat, Watson Nyambek pon boleh kalah dengan kelajuan John makan.

Satu lagi, John ni anak bongsu dan anak manja. Malam tu, John sibuk bercerita yang lepas habis study, dia nak balik Penang. Sebab dia rindu mak dia dan mak dia sendiri rindu kat dia. Mak dia masak sedap. John suka makan masakan mak dia. John suka main PS2 dan mak dia suka usik dia bila main PS2.

aku layankan aja. Yang bagusnya tentang John ni, dia tak racist sangat. Dia memang boleh masuk dengan Melayu. Tak delah nampak dengan budak Cina yang lain yang suka buat hal sendiri dan tak suka bercampur dengan Melayu. Biasanya hanya Cina kampung yang akan berperangai seperti ini.


Lepas lebih kurang satu jam setengah lepak kat bilik TV tu, aku pun blah. Tinggal John seorang. Padahal dalam TV dah sibuk menyanyi lagu negaraku dalam kebanyakan channel. Aku tengok kumpulan V.E pon dah ada video klip lagu negaraku.

Balik bilik, aku lepak-lepak dan terus tido. Dalam pukul 6 lah jugak baru tidur. Itu memang dah rutin. Sebab kalau aku tidur awal, nanti bangun awal. kalau bangun awal 6 pagi takpe. Ini kalau tidur pukul 10 malam, pukul 11 dah bangun. 11 malam. Secara tuntasnya, aku memang tak boleh nak tido awal.


Aku bangun pukul 11 pagi. Selalu time-time camni aku mesti nak check henfon aku. Pagi-pagi mesti ada mesej yang masuk dari kekasih hati. dan bagi mereka yang prasangka. Itu pagi gua solat subuh. tapi tak dapat dinafikan ada hari-hari yang aku terlajak sembahyang.

Aku cari henfon aku dalam beg kertas, tempat kat mana aku simpan wallet, jam, dan seluar jeans lepas balik main futsal semalam.

Korek punya korek. Tak jumpe Beb! Lepas tu baru aku prasan, beg tu koyak kat belah bawah.

aku cuba nak ingat balik kat mana last aku tengok henfon tu. Kali terakhir ialah masa aku bagi makan ikan kat kolam. Sebab aku nak tangkap gambar ikan pakai kamera henfon aku dan aku bawak naik ke bilik tv

Jadi maknanya, papehal pon henfon itu mesti ada kat bilik TV.

Aku berlari ke bilik TV.dengan kain pelekat sahaja. Dah pukul 11 pagi. Mesti lah dah ramai orang yang masuk keluar bilik TV tu. kalau orang dah jumpa mesti dah lesap punya.

Aku teringat kepada John. Dia ada malam tu kat bilik TV dan hanya dialah saksi yang terakhir. He is the perfect alibi and probably the most suitable suspect.

Persoalan sekarang.

Kenapa dia beriya-iya nak stay kat bilik TV lepas aku keluar sedangkan jam dah dekat pukul 2 pagi dan banyak channel tv yang dah tamat siaran?

Nak tengok apa lagi bila tv dah tamat siaran?

Aku berlari ke bilik John dan memanggil John. Aku panggil dia sambil mengetuk pintu bilik John. Tak ada jawapan.

Aku dah mencarut-carut dalam hati. Mamat ni mesti kat Mines ni tengah tolak henfon aku kat kedai henfon. Anak manja pun dah pandai nak ambil harta orang. Memang habis John aku mencarut dalam hati.

Aku dah susah hati. Henfon tu baru 2 bulan aku beli. Memang konfirm tak ada duit.

Lepas sembahyang Jumaat, aku jumpa member aku Acap, mamat yang jual burger kat kolej aku tu.

Dia kata pagi tadi budak nama Seme (Osman) budak yang selalu jadi Imam kat surau ketuk pintu bilik dia. Dia terjumpa henfon aku yang berbunyi masa nak pergi ke surau sembahyang subuh sebab bunyi alarm henfon aku kat bilik TV.

Si Seme ni bagi kat Acap sebab dia tengok ada nama dia dalam "call list".

Aku lega. lega gila. tadi dah terpikir nak pegi Maxis centre nak pergi buat apa yang patut. berat kepala aku pikir nak beli henfon baru dan nak carik pulak nombor-nombar contacts.


Alhamdulillah.

Terima kasih Seme budak yang jujur dan sorry John. hehe..



i'm not perfec.

Saturday, April 04, 2009

Pengorbanan dan kegigihan seorang suami mencari sesuap nasi goreng USA

Pagi-pagi lagi Mak Mah dah sibuk dengan urusan kerja rumah. Dari subuh pagi lagi Mak Mah dah mula buat kerja, basuh baju, kemas dapur, memasak cucur badak untuk sarapan dan sekarang ni Mak Mah tengah bancuh simen untuk ikat batu bata sebab dia tengah nak besarkan dapur rumah dia. Bagus betul Mak Mah ni, memang rajin orangnya.

Sedang Mak Mah membancuh simen dengan secukup rasa, suaminya Roslan keluar dari bilik tidur sambil bersiap-siap hendak keluar berkerja.

Pak Ros (Roslan) "apa yang berdarah-darah lantai kat belakang rumah kita ni Mah?"

Mak Mah " tak ada apa bang, saya sembelih badak sumbu pagi tadi, nak buat cucur badak untuk awak sarapan"

Pak Ros " la.., kenapa lah awak sembelih badak peliharaan anak kita tu. Nangis si Lina tu nanti"

Mak Mah" apa lah abang ni, itu bukan si Danny la. saya masuk ke hutan la pagi tadi. Pinjam senapang awak sekejap"

"owh, i see" jawab Pak Ros sambil membedal cucur badak buatan isterinya

Mak Mah terus giat membancuh simen, dia tambah simen sikit dan pasir sikit lagi, agar simen yang dibancuhnya cukup padu untuk mengikat batu bata untuk dinding dapur barunya itu

Pak Ros "Mana gunting dan mesin pengering rambut aku Mah?abang dah lambat ni"

Mak Mah" ada kat depan pintu tu bang"

Mak Mah faham benar kesibukan suaminya itu sebagai pendandan rambut di pekan. Mesti penat kerja dia itu.



kredit kepada Prof Aminah. Pensyarah subjek Gender dalam Pembangunan Sumber Manusia
i'm not perfec.

Tuesday, March 31, 2009

Selamat Pengantin Baru Fadzirul

Ini cerita kawan aku. Dah lama tak jumpa, lepak kat luar kelas sama-sama. lepas 3, 4 bulan tiba-tiba hantar mesej jemput datang kenduri kahwin. Terkejot mak!



Player Selangor tengah beratur nak ambil nasik



Semoga bahagia berumahtangga sampai ke akhir Hyatt hotel pergi honeymoon.

kepada yang nak tackle fadzirul dulu tapi jual mahal, nah gambar kahwin dia. kasi korang nangis! padan muka!


cabaran disambut dengan kesungguhan

owh, lupa nak bagitau. Fadzirul ni pemain bola. aku pun pemain bola jugak. bezanya, aku main bola untuk rumah merah, yang si Fadzirul ni main untuk Selangor.ala.. tak banyak beze pun.


Petang tu, aku lepak dengan kawan-kawan. Masing-masing berlumba nak jadi cetek. Papehal pon Cheryl Samad yang terbaik. Sila dengar lagu It's My Life dr Dr.Alban sekarang.


i'm not perfec.

Sunday, March 29, 2009

lagu kanak-kanak

dulu masa kecil-kecil, kita banyak diajar lagu kanak-kanak. Bermula dari zaman tadika sampai lah sekolah rendah

Masa tadika lagu-lagu yang famous seperti:

twinkel twinkel little star
how i wonder what you are
ape bende world so high
like a diomand in the sky

wan tu, bakel my shu
tri for shut the door
faif six.... (er, tak ingat dah)

Masa aku darjah 1 sampai 3, banyak juga lagu yang diajar. Masa tu siap ada buku muzik lagi
Cikgu suruh tulis lirik dan lukis tentang gambar lagu kat dalam buku tu

lagu-lagu yang seingat aku

telefon berbunyi ring ring ring
ku angkat ku dengar siapa

saya ada seorang kawan
namanya ah chong
kami berkawan baik
sama sedarjah
belajar bersama
hei hei hei.. ho ho ho..
lalalalala..

lagu ni paling aku ingat sebab kawan aku siap buat gaya sekali bila menyanyi lagu ni. Gaya jagung pun dia boleh buat, ntah macam mana ntah. memang hebat. Member aku ni memang gali betul-betul lirik dan maksud lagu ini dan menyampaikan dengan penguasaan pentas dan pitching yang tidak ke laut

ais kacang, ais ais kacang
bila cuaca panas dan rasa dahaga
singgah sebentar
ais kacang diminta
susu dan jagung
kacang dan lengkong
air gula berwarna
campur semua
sedap rasanya kegemaran kita semua



aku burung, burung tiong
hidup dalam sang sangkar (pakai belasah je ni)

tadi Hana (anak sedara aku) ada nyanyi
dia bagitau dia belajar lagu ni kat tadika

Cik Bababa jalan dalam parit
Cik Aminah ketawa jewit jewit

Alip pasang malam
siam pukul 3
Nyonya bangun pagi
siram pokok bunga

dia kata, lagu ni yang latest version yang diajar

aku.... "Wow!", memang kontemporari lirik lagu yang diajar ni.


i'm not perfec.